DJ PAKNGAH

LIVE BROADCAST

DeeJay PakNgah

DeeJay PakNgah
"Jangan Bikin Panas"

HOTDEEJAYFM RADIO

Anda di alu alu kan

RADIO ONLINE HOTDEEJAY

RADIO ONLINE HOTDEEJAY
NAK DENGAR RADIO KLIK SINI

DjPakNgah

My photo
Kulim, Kedah, Malaysia
SIMPLE,SELAMBA DAN MESRA

Perkhidmatan Pa System dan Dj Majlis

Sekiranya ada rakan rakan di kawasan Utara (Kedah)memerlukan perkhidmatan Dj,PA System Event Management untuk menceria dan memeriahkan majlis perkahwinan anda.Anda boleh menghubungi kami di talian 016 - 5014182(PakNgah)/012-4646182/019-5750182(Hafizh)MhsSoundVenture Kulim Kedah
untuk membuat tempahan Dj Majlis.TerimaKasih PakNgah ucapkan kepada rakan rakan yg telah mengundang PakNgah sebagai Dj di majlis perkahwinan anda.







Radio Pilihan

Malaysia XY Radio Online

30 Juzuk Al-Quran

Bersama Kasim Pon Pon

Bersama Dato Siti Nurhaliza

Jamuan Raya RABVOLKS

Job Kahwin Di Mahang Bersama PakTam

Ziara Ukhuwah DjMalik AKR - Pendang

Ziarah Ukhuwah Kak Long - Pendang

Jalan Jalan Cari Makan

Sunshine Banquite Penang

Job Tmn Melati Kulim

Puteri Nur Sofia Arissa

Job Majlis Kahwin bersama DjPaktam Hotdeejayfm

Followers

Layan Retro

Layan Retro
Baca Cerita Lucu Klik Sini

Mai la pakat follow blog PakNgah

Tuesday, April 20, 2010

Kenali Komputer Anda

 
*** Mengenali Komputer Anda ***
 

º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º
Ingin Tahu Tentang Komputer Jika anda ingin mengetahuinya sila ikuti perenggan-perenggan selanjutnya….
º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º º

CPU Sebagai Otak Komputer
Cegah Dan Keselamatan
Fax Machine Menggunakan Komputer
Defragmentation
Cara-cara Format Harddisk
Mencegah Kerosakan Pada Komputer
Menangani Masalah Komputer
Menukar CD Ke MP3
Modem Jejambat Kepada Dunia Internik
Keunikan Tetikus Terkini
Virus Komputer
Tip Windows 98
 


••••CPU Sebagai 'OTAK' KOMPUTER••••
Unit Pemprosesan Pusat (CPU) sering diibaratkan sebagai 'otak' komputer, kerana kebanyakan proses pengiraan akan berpusat di situ yang melibatkan berjuta-juta transistor mikro. Ia juga merupakan komponen terbesar dan komponen paling mahal pada sebuah papan induk. Seperti mana komponen lain di dalam komputer, peranan CPU adalah sangat penting untuk memastikan sesebuah PC dapat berfungsi.
Biasanya CPU terletak di dalam sebuah soket (Socket 7 untuk Pentium Class atau Socket 8 untuk Pentium Pro) atau sebuah slot (Slot 1 untuk Pentium II), yang akan dikunci pada soketnya dengan menggunakan sebuah alat 'kuncian'. Dalam penjelasan ini, akan hanya menumpukan kepada kombinasi CPU Pentium dengan Socket 7, kerana kedua-duanya sering digunakan.
Socket 7 juga dikenali sebagai soket XZIF (Zero Insertion Forse), kerana ia memiliki sebuah tetuil kecil disisinya yang boleh 'membuka kuncian' soket tersebut untuk membolehkan pin-pin CPU disisipkan dengan mudah ke lubang-lubang yang tersedia di dalamnya. Tetuil ini kemudiannya perlu ditekan semula pada kedudukan untuk 'mengunci' CPU itu pada tempatnya. Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan mudah tanpa merosakkan sedikit pun pada bahagian CPU atau soket tertentu.
Kebanyakan CPU berbentuk segiempat leper dan berwarna hitam, perak-kelabu atau warna keemasan dengan barisan pinnya tercancang disebelah. Apa yang kelihatan di bahagian luar hanyalah 'casing', sedangkan cipnya yang sebenar berupa segiempat silikon kecil dimana saiznya kira-kira sebesar kuku dan tertanam dalam segiempat berkenaan. Manakala ruangan CPU yang selebihnya merupakan penghubung daripada bahagian pada cip tersebut kepada pin-pin yang berwarna keemasan.
Kedudukan CPU di dalam soket amatlah penting, kerana jika tersalah pasang boleh menyebabkan kerosakan pada CPU tersebut atau bahagian lain pada sistem komputer. Namun kebanyakan CPU masa kini mempunyai salah satu bucu atau sudut kecil yang terpotong hujungnya. Petunjuk sebegini atau tetanda lain yang sesuai bertujuan untuk membolehkan CPU dipalamkan betul-betul keadaan soketnya.
CPU juga mempunyai sebuah 'cache' pada papan litar atau 'buffer' yang terbina di dalamnya, membolehkan CPU menyimpan maklumat yang biasa digunakan di samping akan mempercepatkan tahap prestasinya. Kapasiti 'cache' ini yang diklasifikasikan sebagai Level 1 arai L1 tidaklah sebesar mana, yakni kira-kira 8K (Kilobait) bagi CPU 486 dan mencecah 64K bagi CPU AMD K-6 terbaru.
Selain itu, teknologi lain juga ditambah pada CPU untuk memperbaiki prestasinya ketika menangani aplikasi multimedia, permainan komputer dan aplikasi-aplikasi yang bergantung kepada sumber. Teknologi yang dikenali sebagi MMX atau Multimedia Extensions ini membolehkan manipulasi bunyi, video dan data grafik dengan lebih cepat dan efesyen. Selain Intel, pembuat CPU yang turut menempah nama di arena antarabangsa ialah Advance Micro Devices (AMD), Cyrix, dan Integrated Device Technology (IDT).
top



••••Cegah Dan Selamat••••
Bermain dengan internet kadang-kadang boleh membahayakan diri dengan informasi salah, virus, hasutan, bahan lucah dan sebagainya. Selamatkan diri anda dari internet, jangan biarkan internet menguasai diri anda sehingga lupa kepada pelajaran dan tanggungjawab anda sebagai manusia. Ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian ketika bermain internet. 1. Orang yang bercakap dengan anda di chat room meminta alamat, gambar, perihal latarbelakang dan keluarga anda.
2.Laman yang menyiarkan benda yang kurang senonoh.
3. Virus yang mungkin boleh anda terambil terutamanya seseorang semasa di chat room tiba-tiba menghantar fail tanpa kebenaran yang kemungkinan itu ialah virus.
Semua perkara diatas mungkin suatu perkara kecil tapi ia akan menjadi besar bila tidak dicegah terutamanya virus dimana komputer saya sendiri hampir kena dengan virus CIH, komputer kawan saya kena teruk dimana terpaksa terpaksa format balik hardisk. Cara dan pencegahan perkara diatas.

1. Ada orang meminta gambar dan sebagainya, cara paling baik ialah mengabaikannya, cara lain cuba dapatkan nombor IP dan selidik asalnya.Kalau tak dapat selidik sendiri, dapatkan pertolongan operator di chat room itu.
2. Laman yang tidak senonoh. Paling baik ialah mencegah dari awal lagi, guna internet explorer yang menyediakan sistem rating untuk mencegah dari melihat laman tak senonoh. Atau guna proxi, terutamanya proxi arab saudi yang mencegah laman lucah. Cara lain guna servis berbayar seperti netnanny, netpatrol dan sebagainya. Nasihat saya ialah cegah diri sendiri, contohnya - jika anda sekeluarga ada komputer letak ditempat yang terbuka dan kunci guna password yang anda sendiri tak tahu (cth - isteri anda je tahu), anda seorang ada komputer, jangan guna internet dibilik sendiri, guna ditempat awam supaya anda merasa susah untuk internet dan susah nya untuk membayar internet.
3, Virus boleh anda ambil dimana-mana terutamanya ketika chat. Jangan ambil sebarang fail dari orang yang anda tak kenali, sentiasa periksa komputer anda dengan antivirus sekurang-kurang sekali seminggu untuk penagih internet, sebulan 2 kali kepada yang jarang bermain internet dan sebulan sekali untuk yang tidak bermain internet tetapi berkongsi disket dengan orang lain.
Sudah tentu apa yang saya tulis ini bukan yang terbaik, tetapi cegahlah sebelum terkena atau ketagih, kata orang mencegah itu lebih baik dari berubat, jangan biarkan diri anda dikuasai internet, anda yang menguasai internet.

0 comments:

Post a Comment

Real Stat - Dynamic Online User Counter