Home » Semasa » Mat Rempit Oh Mat Rempit
Mat Rempit Oh Mat Rempit
Salam dan selamat sejahtera,
Saban hari kita asyik membaca dan mendengar kisah `Mat Rempit` yang semakin `mengganas`. Betul ke `Mat rempit ganas? Saya juga telah lama terlibat dalam dunia permotoran ni emm… boleh dikatakan mat rempit jugalah tapi takdelah buat benda-benda yang tidak elok.
Pada saya istilah `Mat Rempit` itu sendiri yang nampak ganas tetapi tidak kepada penunggang motosikal. Wah backup mat rempit nampak! Istilah mat rempit ni kalau tak silap saya lah di gunakan pada sekitar awal tahun 2000 yang pada ketika itu kehadiran model-model motosikal 2 lejang sedang berada di kemuncaknya. Tanyalah anak-anak muda siapa yang tidak kenal Yamaha RX-Z, Yamaha TZM, Yamaha 125Z dan lain-lain model yang popular pada ketika itu.
Istilah `Mat Rempit` bukanlah ditujukan kepada semua penunggang sebenarnya tetapi segelintir sahaja yang bersikap liar itulah yang menyebabkan rosak susu sebelanga. Apa tidaknya boleh dikatakan masyarakat hari ini memandang serong kepada penunggang-penunggang motosikal seperti saya. Anda juga mungkin tidak terkecuali di `cop` sebagai `Mat Rempit` sekiranya menunggang motosikal di jalanan.
Dulu saya juga berkawan dengan `Mat Rempit`. Tidak ada apa yang mereka mahukan selain dari mencari kepuasan semata-mata. Nyawa tidak penting bagi mereka walaupun menunggang secara berbahaya kerana beranggapan perkara buruk tidak akan menimpa mereka. Duit gaji habis dibelanjakan untuk mengubahsuai motosikal.
Kebiasannya di kalangan `Mat Rempit` terdapat seorang dari mereka yang mahir dalam mengubah suai motosikal. Kalau dia ni yang kena tangkap he..he.. pening la yang lain-lain tu. ` Pomen` atau mekanik `Mat Rempit` memang boleh dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam megubahsuai motosikal terutama bagi menambah kelajuan sesebuah motosikal. Bayangkan sebuah motosikal Suzuki RG Sport boleh mencapai kelajuan sehingga 190-200km/j tanpa menggunakan komponen racing.
Saya memang `tabik` dengan kepandaiaan keberanian `Mat Rempit` ni tetapi malangnya tidak dijalan yang betul. Tidak ramai di kalangan mereka yang insaf walaupun kesedaran demi kesedaran yang diberikan oleh pihak berwajib. Persoalan hanya tinggal persoalan masalah `Mat Rempit` masih tiada jalan penyelesaiannya sedangkan kelakuan segelintir dari mereka menjadi semakin ganas sehingga sanggup melakukan pembunuhan, ragut dan rogol.
Kita semakin hampir dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 tapi….. jika dilihat tingkah laku dan akhlak remaja hari ini ternyata kita lupa yang kita semakin jauh dari menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya. Ya! negara kita aman, kita bebas nak melakukan apa saja tapi cuba renung sejenak remaja-remaja islam di Palestin. Iraq dan Afghanistan mereka tidak ada masa untuk merempit malah sibuk dengan mempertahankan tanah air mereka yang telah dijajah. Fikir-fikirkanlah……
Sekian untuk kali ini untuk renungan bersama.-PAKNGAH
0 comments:
Post a Comment