DJ PAKNGAH

LIVE BROADCAST

DeeJay PakNgah

DeeJay PakNgah
"Jangan Bikin Panas"

HOTDEEJAYFM RADIO

Anda di alu alu kan

RADIO ONLINE HOTDEEJAY

RADIO ONLINE HOTDEEJAY
NAK DENGAR RADIO KLIK SINI

DjPakNgah

My photo
Kulim, Kedah, Malaysia
SIMPLE,SELAMBA DAN MESRA

Perkhidmatan Pa System dan Dj Majlis

Sekiranya ada rakan rakan di kawasan Utara (Kedah)memerlukan perkhidmatan Dj,PA System Event Management untuk menceria dan memeriahkan majlis perkahwinan anda.Anda boleh menghubungi kami di talian 016 - 5014182(PakNgah)/012-4646182/019-5750182(Hafizh)MhsSoundVenture Kulim Kedah
untuk membuat tempahan Dj Majlis.TerimaKasih PakNgah ucapkan kepada rakan rakan yg telah mengundang PakNgah sebagai Dj di majlis perkahwinan anda.







Radio Pilihan

Malaysia XY Radio Online

30 Juzuk Al-Quran

Bersama Kasim Pon Pon

Bersama Dato Siti Nurhaliza

Job Kahwin Di Mahang Bersama PakTam

Ziara Ukhuwah DjMalik AKR - Pendang

Ziarah Ukhuwah Kak Long - Pendang

Jalan Jalan Cari Makan

Sunshine Banquite Penang

Puteri Nur Sofia Arissa

Job Majlis Kahwin bersama DjPaktam Hotdeejayfm

Followers

Layan Retro

Layan Retro
Baca Cerita Lucu Klik Sini

Mai la pakat follow blog PakNgah

Sunday, August 29, 2010

Aiman Tak Kisah

Aiman ada kawan.

Nama dia Arif. Tapi dia bukannya ada kaitan dengan Enarif, salah seorang penulis di kapasitor.net itu.

Umur dua puluh satu tahun macam Aiman.

Tapi badan dia tinggi, tapi Aiman rendah sahaja.

Aiman tak kisah.

Aiman kawan dangan Arif dari sekolah menengah tingkatan lagi. Tapi masa itu, Aiman dengan Arif tak kawan rapat sangat macam hari ini. Aiman masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh masa tingkatan dua. Tapi Arif masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh masa tingkatan satu lagi.

Tahun dua ribu dua kami tingkatan dua.

Macam budak asrama lain, mestilah ada geng nak ajak teman basuh baju malam-malam kan?

Samalah Aiman dengan Arif.

Kami sama kelas, sama bilik asrama, juga katil sebelah-sebelah. Masa rehat, kami selalu lepak dalam kelas sama-sama. Padahal pihak berkuasa sekolah tak benarkan ada dalam kelas waktu rehat sebab takut berlaku kecurian. Tapi Arif kata tak apa, dia sudah "kawtim" sama pengawas. Arif kata juga, kita bukan nak curi barang tapi kita tak ada duit nak rehat, buat apa nak buang tenaga jalan-jalan. Orang bagi rehat, rehatlah.

Banyak lagi waktu kami sama-sama. Kami makan di dewan makan asrama sama-sama. Kami pergi surau sama-sama. Kami juga mandi sama-sama. Bukan mandi dalam bilik mandi sama-sama, tapi mandi dalam kolah sama-sama. Tak seronoklah mandi bilik. Tak meriah dan tak happy family lansung. Tapi satu sahaja tak sama-sama, kami balik kampung lain-lain. Arif tinggal Jengka dua puluh tiga. Aiman tinggal Lanchang. Walaupun dalam satu daerah Temerloh, tapi jarak penempatan keluarga kami jauh-jauh.

Adun pun lain-lain tapi satu bendera sahaja.

Aiman dengan Arif sama-sama tinggal dalam Negeri Bukit Bergondol Darul Balak, yang masih banyak penghuninya orang tua nyanyuk, konon-kononnya ada talian saudara dengan Datuk Menteri Fasola yang hobi masa lapangnya menebas hutan. Kiranya adalah juga bau-bau bacang dengan Datuk Menteri, sebab masa kempen pangkah itu hari dapat juga merasa rezeki balak Datuk Menteri Fasola seperti beras sepuluh kilogram satu guni satu keluarga dan beg sekolah warna merah jambu yang ada roda. Pun begitu, sikit pun rezeki Datuk tak tersangkut di rumah-rumah orang tua nyanyuk yang anak-anak mereka bukanlah ada talian darah dengan Datuk Menteri Fasola yang rajin menebas hutan itu.

Dengar kata, nama orang tua nyanyuk yang anak mereka bukan saudara Datuk Menteri itu tak payahlah diberi-beri, sebab anak-anak sudah mampu pasang bateri dekat jantung bapak masing-masing bagi panjang umur. Nanti rasa terhina pula anak-anak mereka setakat bagi beras dengan beg sekolah tarik warna merah jambu.

Itu cerita Aiman tinggal dekat mana.

Sekarang cerita pengalaman pertama Aiman. Macam biasa dengan Ariflah juga.

Aiman ingat lagi, satu hari, hari Jumaat, waktu itu Solat Jumaat. Awal-awal lagi Aiman sudah tengok Arif beli rokok dua batang masa Aiman ikut pergi kedai Wak Kampar yang dekat pintu masuk kedainya ada gantung-gantung plastik segiempat warna biru dengan logo timbang kati. Tapi pintu kedai Wak Kampar yang banyak barang-barang berhabuk juga bersawang masih lagi guna papan sorong-sorong ada tulis nombor. Aiman ingatkan plastik biru ada timbang kati itu rahsia pelaris kedai Wak Kampar. Masa Arif beli, ramai jemaah sedang dengar khutbah dalam masjid. Tapi ramai juga jemaah yang duduk diluar makan pisang dekat tangga. Sama ramainya, tak kira yang janggut warna putih, atau rambut warna-warni bertutup songkok.

Aiman tengok Arif pandang kiri kanan, macam cari seseorang.

Aiman tanya, "kau cari siapa?"

Arif kata, "Aku "cover line, takut setan-setan nampak."

Aiman diam. Aiman fikir setan itu mungkin panggilan untuk warden.

Lepas itu kami masuk tempat yang Arif kata port itu. Aiman tengok ada budak sekolah lain. Dari segi pemakaian, baju melayu yang nampak lebih kepada pakaian seragam itu Aiman dapat agak mereka dari Sekolah Menengah (A) Al-Khairiah. Sekolah Menengah (A) yang dekat depan masjid ini.

Arif suruh Aiman duduk dekat satu tempat tepi longkang. Agak jauh dari mereka yang pakai baju melayu pelik itu. Aiman tengok sahaja Arif pergi dekat mereka lalu Arif pasang rokok yang dia beli tadi menggunakan pemetik api yang dipinjam dari mereka. Kemudian Arif datang dekat Aiman.

Arif hulur kepada Aiman rokok yang sebatang lagi.

Aiman geleng kepala sambil kata, "Aku tak hisap rokok."

Arif kata, "Ala, hisap aje la, baru remaja," sambil dia senyum.

Aiman capai rokok dari tangan Arif, kemudian letak pada bibir. Tapi Aiman tak ada pemetik api. Arif tolong hidupkan rokok Aiman guna bara dari rokok dia.

Arif kata, "sedutlah."

Aiman sedut sikit kemudian hembus asap keluar. Berkepul asap keluar dari mulut. Aiman tengok gaya Arif macam nak tergelak.

Aiman tanya Arif, "Apesal?"

Arif kata, "Nak hisap rokok hisap la betul-betul. Macam ini."

Aiman tengok Arif buat contoh. Arif hisap, kemudian dia sedut asap masuk dalam mulut. Kemudian barulah dia hembus asap. Arif hembus asap ada style, dia pandai buat asap bentuk bulat keluar dari mulut. Muncung-muncung bibir Arif nak membentuk asap itu supaya bulat. Ayah Aiman pun hisap rokok, lagi lama dari Aiman. Tapi tak pernah pula keluarkan asap bentuk bulat.

Aiman buat macam Arif tunjuk. Hisap, kemudian sedut masuk dalam mulut.

"uhuk.. uhuk.. ," Aiman terbatuk. Tekak Aiman rasa macam pedih-pedih. Mulut pula rasa pahit-pahit kelat. Aiman tengok Arif sudah tergelak. Budak-budak pakai baju melayu pelik tadi pun macam nak tergelak, tapi mereka senyum sahaja.

Aiman hulur rokok pada Arif sambil kata, "Aku tak nak lah, nanti warden tahu baju bau rokok,"

Arif cuma gelak kecil dan kata, "hisaplah lagi, lepas ni oklah tu," Aiman geleng kepala.

Arif kata, "hisap je la, malu dekat budak khairiah tu," lalu Aiman hisap lagi.

Aiman ulang macam tadi. Tapi batuk juga. Aiman pandang Arif.

Arif kata, "try lagi sekali,"

Aiman ikut kata Arif sebab Aiman tak mahu malukan Arif depan budak-budak yang pakai baju melayu pelik itu.

Kali ketiga Aiman buat, tidak batuk lagi. Pedih tekak itu ada rasa sikit-sikit. Aiman boleh tahan lagi. Tapi kalau ulser dekat bibir atau tekak Aiman memang tak tahan. Dekat bibir ok lagi, masa nak tidur letak ubat gigi sikit pada ulser pagi esok bangun eloklah. Tapi kalau dekat tekak macamana nak letak ubat gigi.

Aiman rasa pening-pening lalat. Kepala rasa macam ringan nak bergerak. Aiman hisap sampai habis. Rokok Arif pula bagi lepas hisap separuh pada budak yang dia pinjam pemetik api tadi.

Aiman bangun dari duduk, Aiman rasa pening lalat. Aiman jalan agak tak stabil sebab kepala rasa goyang-goyang. Arif asyik gelak sahaja. Keluar dari port, orang baru habis sembahyang. Ramai sedang cari selipar masing-masing di tangga masjid. Kami berdua masuk dalam kumpulan yang sedang berjalan keluar ramai-ramai. Kemudian balik semula ke asrama sama-sama.

Itu cerita Aiman hisap rokok pada kali pertama.

Ini cerita Aiman kena tangkap pada kali pertama.

Satu hari jumaat lain, Aiman dengan Arif tertangkap menghisap rokok di port oleh senior asrama tingkatan empat. Mengikut rang undang-undang hukum kanun adat istiadat asrama yang telah dibentangkan masa program orientasi malam terakhir di dalam dorm B, bilik untuk pelajar tingkatan empat serta lima tanpa pengawasan warden ataupun exco asrama. Rang undang-undang mereka ini lain sangat dengan undang-undang tubuh kerajaan perak atau hukum kanun dan adat istiadat Melaka macam yang diajar Cikgu Puan Latipah guna buku teks tahun 1990 mengikut catatan oleh pengguna pertama. Kartun pun klasik habis. Pihak senior di asrama ini cuma membentangkan rang undang-undang tersebut hanya dengan nada tegas dan bersahaja tanpa diselitkan carutan sebagai bahan hiburan. Juga tiada undang-undang bertulis. Cuma fikir dengan bijak dan buat dengan bijak.

Antara yang disebut dalam rang undang-undang tersebut adalah, pelajar tingkatan satu dan dua yang terkategori sebagai pelajar junior tidak boleh merokok atau tertangkap merokok oleh senior. Perlu menggunakan panggilan Abang diikuti dengan nama. Tak boleh tak pergi surau walaupun sesetengahnya wajah mereka jarang sangat kelihatan di dalam surau. Masa beratur ambil makanan, mereka layak untuk memotong barisan junior serta yang paling utama cover line setiap perbuatan salahlaku mereka.

Oleh sebab Aiman dengan Arif telah melanggar salah satu undang-undang tersebut, kami berdua telah dijemput hadir ke mahkamah dorm B tanpa pengetahuan sahabat setingkatan lain, tanpa pengawasan exco, tanpa warden, tanpa pegawai keselamatan serta dalam keadaan yang amat sunyi jam tiga pagi hari Khamis. Kami pergi dengan berani, tak macam penulis blog berani mati yang lari bila sudah ada waran tangkap. Sampai dimahkamah Aiman dengan Arif dihakimi oleh Abang Topek yang kami semua kenali sebagai Panglima Tulus Berani Tingkatan Lima. Semua senior menghormati dia. Ada juga rasa pelik sikit-sikit, pakai susuk ke apa Abang Topek ini. Apa yang paling penting, walaupun hukuman meraka adalah sepak terajang, mereka masih bertanya sebelum jatuh hukum, bukan macam sejenis pasukan keselamatan Negaraku yang pakaian mereka macam bomba itu jatuh hukum tak banyak cakap, dalam pun tak boleh cerita. Eh, pakaian mereka macam bomba? Patutlah suka main sembur-sembur air.

Abang Topek adalah antara senior yang sentiasa ke surau pada waktunya. Dia selalu juga kelihatan belajar lebih masa di bilik bacaan secara berseorangan. Kerap juga kelihatan merokok di belakang tandas surau selepas waktu makan tengahari, supper malam, dan masa mandi lepas riadah petang. Akan tetapi, Abang Topek ini bukanlah terdiri daripada salah seorang dari angkatan exco yang selalu kelihatan bergaya dengan bau minyak wangi yang dapat dihidu dari jarak seratus meter, ada adik angkat perempuan serta berdua-duaan dengan adik angkat tersebut. Jarang sangat kelihatan mereka duduk dalam kelompok pelajar yang mengulangkaji pelajaran di bilik bacaan waktu prep dan selalu juga keluar dengan warden naik kereta pada waktu malam.

"ko isap rokok masa Sembahyang Jumaat?" Abang Topek tanya Arif dengan suara perlahan tapi nada tegas. Abang Topek tegak berdiri dengan kukuh di hadapan Arif. Aiman nampak tangan kanan Abang Topek terketar-ketar. Senior yang lain cuma memerhati di sekeliling. Dalam fikiran Aiman tertanya-tanya apakah hukuman yang bakal kami berdua terima.

Arif diam sahaja.

Aiman nampak tangan Abang Topek yang terketar tadi makin tinggi kedudukannya dari tempat asal tadi.

Aiman tengok Arif angkat kepala perlahan-lahan yang dari tadi cuma tunduk mengira habuk di lantau. Perlahan macam berbisik, Aiman dengar Arif sebut perkataan, "ya."

Abang Topek tanya soalan yang sama pada Aiman. Aiman jawab sama macam Arif. Semua abang yang jadi juri awam diam sambil pandang sama sendiri. Lepas itu, beberapa orang abang bawa Arif ke tempat lain. Abang Topek pula bawa Aiman ke bilik bacaan di tingkat bawah sebaris dengan dorm A, bilik Aiman dan Arif.

Aiman tanya Abang Topek, "abang ramai-ramai tu nak bawa Arif pergi mana?"

Abang Topek jawab, "pergi kelas tambahan malam,"

Aiman pelik juga, selama ini tak ada pula kelas tambahan malam. Tapi Aiman diam sahaja. Dalam bilik bacaan yang gelap itu cuma ada Aiman dengan Abang Topek. Tak pula Abang Topek buka lampu. Aiman takut juga hendak bertanya sebab baru lepas buat salah. Semua orang pun macam Aiman. Aiman tengok Abang Topek keluarkan sebatang rokok dari poket seluar trek. Kemudian dia hidupkan rokok. Aiman cuma tengok Abang Topek merokok.

Aiman tak kisah.

Lepas beberapa masa, barulah Abang Topek bersuara. Itupun dengan not bunyi yang agak perlahan.

Abang Topek tanya Aiman, "dah lama ke merokok?"

Aiman cuma angguk. Aiman ikut macam Arif suruh kata. Soalan ramalan Arif memang tepat.

Dalam bilik bacaan yang suhunya sejuk, berteman irama cengkerik dan katak layan rock kapak, dalam pemandangan yang gelap Aiman tengok Abang Topek bangun dan memandang keluar tingkap.

"Aku dah lama isap rokok, kau nak tipu aku? Kau ingat tak apa hukum tipu orang?" Abang Topek bersuara perlahan.

Aiman cuma diam.

"Arif suruh jawab macam tu kan?" Suara Abang Topek masih dalam not perlahan. Tapi tegas.

Aiman diam lagi.

"Selalunya kalau aku cakap dengan kayu, aku sepak kayu tu," Abang Topek macam guna bahasa kiasan. Aiman macam kayu yang diam. "budak-budak ade tak cerita pasal aku sepak budak form four terpelanting ke locker sampai pecah?"

Aiman angguk. Memang ada kawan-kawan cerita. Abang Topek ada silat. Tahun lepas dia menang lawan masa persembahan silat lawan teakwondo.

"Aiman dah lama ke merokok," lagi sekali soalan yang sama keluar. Kali ini dengan sebutan "Aiman" di permulaan. Aiman rasa pertanyaan itu sangat lembut, tanggungjawab, tegas, sayang, kemudian diadun semua sekali sampai sebati. Rasa macam mama selalu panggil Aiman makan. Macam papa selalu marah bila Aiman buat salah dan kali ini seorang remaja tujuh belas tahun, abang di sebuah asrama yang baru tak sampai lima bulan Aiman kenal.

Aiman angguk sebab perasaan yang keluar dari suara Abang Topek Aiman rasa macam seorang abang yang marahkan adiknya buat salah.

"ha, senang kan kalau mengaku. Tak payah aku tanya banyak-banyak," Abang Topek bersuara sambil mengintai di celah cermin tingkap. Kemudian dia keluarkan telefon bimbit dari poket seluar trek, tengok di skrin sebentar dan kemudian simpan semula dalam poket.

"Jom," Abang Topek pegang leher Aiman dengan lembut tapi Aiman dapat rasa pegangan Abang Topek itu ada ketegasan.

Aiman ikut Abang Topek. Kami berjalan seiring ke dataran perhimpunan lalu duduk di anak tangga naik ke pentas guru. Abang Topek duduk di anak tangga paling bawah. Aiman pula dia suruh duduk di tangga atas dari dia. Aiman ikut sahaja arahan. Sebab Aiman tahu, Aiman sudah buat salah.

"Aiman," Abang Topek bersuara perlahan. Lemah lembut dan tegas dalam satu sebatian, macamana rasanya? Aiman diam sahaja sebab Aiman tak tahu apa yang patut dijawab dan Aiman masih ketakutan. Arif pula entah kemana bersama beberapa abang yang lain.

"Aku panggil jawab la, aku dah cakap cukup sopan. Ada aku tengking kau macam aku tengking Arif?" kali ini agak kurang kelembutannya. Lebih kepada marah atau bengang.

Lalu Aiman jawab, "tak,"

"Kau tahu kenapa aku tengking Arif tadi?"

"Tak,"

"Sebab dia dah tahu peraturan, dia dah duduk sini lebih setahun dari kau,"

Aiman diam. Cuma pandang muka Abang Topek dengan siku di lutut dan telapak tangan menongkat dagu. Abang Topek pula tongkat siku di tangga kedua, dengan kepalanya mendongak ke langit.

"dah lima tahun aku merokok, dari tingkatan satu..." Aiman masih pandang wajah Abang Topek. Dia mula bercerita. Tapi plot ini tiada dalam ramalan Arif.

"tingkatan empat aku nak berhenti sebab nak SPM tahun ni, tapi sangap juga tak boleh tahan.." dan Aiman masih di kedudukan yang sama. Abang Topek juga.

"sampai hari ni aku merokok, entah berapa ratus dah duit ayah aku habis untuk aku beli rokok masa sekolah ni saja" Abang Topek diam sebentar. "dah berapa tahun aku tipu ayah aku, gila banyak dosa. Dosa kering," Abang Topek pandang muka Aiman yang sedang menumpukan perhatian kepada dia dan kemudian dia tersenyum.

"kalau boleh kau janganlah teruskan merokok. Kalau abang lain tanya kau merokok ke tak, kau jawab tak,"

"ye Abang," sebenarnya, sebelum masuk asrama ini Aiman tak pernah ada abang sendiri yang boleh nasihatkan Aiman sebab Aiman anak sulung.

"janji dengan aku, tahun depan aku dah habis sekolah, kau pulak tingkatan tiga. Lepas habis sekolah aku dah tak tahu apa jadi dengan kau. Aku dah sumpah, aku takkan jejak tanah sekolah ni lepas ambil sijil SPM."

Panjang lebar Abang Topek bercerita dan Aiman agak terkejut dengan sumpah Abang Topek itu.

Kata terakhir dari Abang Topek malam itu yang kekal dalam memori Aiman, adalah kata nasihat yang agak panjang tetapi mampu Aiman ingat sampai umur 21 hari ini,

"aku tak boleh tolong kau kalau nak hidup selesa dekat asrama ni. Dari tingkatan satu aku duduk sini, dah macam-macam benda aku rasa. Sepak, terajang, penampar, flying kick, boot dr mart, bet ping pong, buku teks pengajian am tingkatan enam, tangga besi katil, loker besi semua aku rasa. Lima tahun dulu, lagi kejam dari hari ni, sebab aku cakap je dengan kau. Tapi aku dulu kena rendam dalam kolah dari pukul 1 sampai azan subuh sorang-sorang. Kalau sempatlah kau jadi budak asrama sini sampai form five kau mesti sedar sebenarnya, start hari pertama kita daftar di asrama ni, kita dah declare yang kita semua akan bersaudara. Sepak terajang kami sebab nak ajar korang biar jangan manja, menangis, dan penakut. Korang kena berani, tabah, sebab lepas ni kau akan terima lebih dari ni benda-benda mencabar dalam hidup kau. Bukannya mencabar setakat geng-geng Pengakap Kelana yang boleh daki Gunung Tahan sampai puncak, lebih dari tu kau akan rasa sebab apa kau lahir. Kau nak isap rokok aku tak larang, tapi kalau boleh jangan. Lagi satu benda aku paling fak, dadah. Tolong la jangan usik benda tu. Aku nampak perangai kau senang sangat ikut cakap orang. Kau kena tegas dengan diri kau. Kau tu kau lah, bukan orang lain, tak payah jadi orang lain. Dah lah, dah subuh ni, jom pergi surau. Aku mintak sangat kau ingat cakap aku ni."

Lebih kurang begitu kata-kata Abang Topek yang Aiman ingat dalam tempoh tingkatan dua sampai umur dua puluh satu sekarang. Panjang. Penuh dengan semangat dan motivasi.

Apa cerita dengan Arif pergi kelas tambahan malam? Arif masuk bilik dengan mata lebam sambil pegang perut dan jalan menunduk. Tapi dia keluarkan sebatang rokok jenama Dunhill dari poket,

"Abang Tek bagi, esok kau ikut aku runner rokok lepas sekolah,"

Aiman angguk.

Dan itu ceritan Aiman kena tangkap. Tapi bukan dengan warden. Kalau dengan warden, mungkin juga Aiman dapat cuti seminggu.

Bila ingat balik...

Banyak perkara Aiman tak ikut dan tak dapat ikut cakap Abang Topek. Masuk tingkatan empat, Aiman mula buat perangai Abang Topek and the geng. Fly malam. Fly tiap kali rasa nak fly. Ponteng sekolah. Ponteng kelas. Pergi surau, selagi Cikgu Duan tak masuk bilik atau pergi surau memang kami tak pergilah. Kadang-kadang pergi juga surau, sebab mahu merokok di belakang tandas surau yang indah itu. Tak lupa juga, Aiman masih merokok.

Masa tahun Aiman dengan Arif dan kawan-kawan setingkatan jadi senior, rang undang-undang hukum kanun adat istiadat asrama banyak kami sudah ubah, ada juga yang tiba-tiba berubah dan kami lakukan silap besar sebab ubah.

Habis sudah budaya sepak terajang sebagai hukuman, puncanya bila salah seorang pasukan kami telah tengking seorang Anak Dia Untuk Negara sebab anak itu mengganggu sahabat setingkatannya yang bercermin mata tebal dan rambut sikat belah tepi rapi sedang membaca buku teks sejarah secara tidak langsung mengganggu kami juga. Akibat deklamasi tengkingan secara sengaja dan spontan bersama ayat-ayat puisi maki hamun pekerjaan bapa, dengan bangganya ahli pasukan kami itu dianugerahkan hadiah pindah sekolah.

Habis sudahi panggilan abang sebab kami yang rock ini rasa tak berapa Amy Search atau Nash Lefthanded bila orang panggil Abang.

Habis sudah ucapan salam bila junior berselisih senior tetapi telah digantikan dengan cara espresi bahasa tubuh, angkat kepala sambil buat muka ketat, pemula budaya seni ini datangnya dari anak saudara guru penolong kanan satu yang memandu kereta vios kelabu baru beli dua bulan lepas pindah sekolah ini.

dan ada juga seorang pelajar tingkatan dua, sepupu kepada salah seorang exco yang ada adik angkat dari tingkatan satu sampai empat itu, tidak pergi surau waktu maghrib.

Sebab itu, kami dengan relahati atau dengan kata sinisnya malas nak ambik pot lalu lepaskan amanah ini kepada pasukan exco berambut sikat belah tengah yang setiap masa mereka macam sibuk benar bertugas.

Aiman dengan Arif tak mampu untuk secekal, seberani, setabah dan segala macam sifat terpuji abang-abang senior.

Abang Topek mesti perasan, bila sikap-sikap kronisme mula disuntik. Ya! Ketika usia teramat awal pada umur yang dikatakan "pembentukan jati diri seorang manusia".

Aiman kagum, masa zaman Abang Topek, kes pukul, buli sesama pelajar, ada yang sampai kes bunuh hari-hari terumum pada media pro-kerajaan. Tapi geng-geng Abang Topek tak "goyang" langsung nak hayun budak-budak yang kurang ajar.

Hari ini Abang Topek mesti bengang bila carutan yang keluar dalam media pro-kerajaan itu tajuknya budak sekolah ajak cikgu bertumbuk, ibu saman sekolah, atau bapa bawa parang pergi sekolah.

Atau mungkin Abang Topek sedih bila zaman ini cikgu disiplan atau warden asrama sudah tak boleh rotan, cubit, mahupun berkata-kata dalam nada marah kepada pelajar. Cuma pengetua yang ada kuasa menghukum. Itupun tak boleh rotan mahupun ketuk ketampi sebanyak tiga kali,

dan Abang Topek mesti sebak bila budak sekolah akhir zaman ini telah menjadikan aktiviti sendiri main sendiri rakam sebagai hobi masa lapang. Ada juga jadikan menyamun sebagai pekerjaan sampingan, budak sekolah masuk persatuan gangster, ataupun budak sekolah ugut mahu bunuh cikgu. Masih Aiman ingat model telefon bimbit Abang Topek yang Aiman tengok masa dalam bilik bacaan. Warnanya biru, dengan lampu skrin warna kuning dan agak besar juga dalam genggam Abang Topek yang besar itu.

Tak lupa juga kepada, zaman Abang Topek and the geng pukul kami sampai lebam-lebam mata, dan bila cikgu tanya kenapa mata lebam kami mati-mati dan penuh keyakinan akan jawab tergelincir dalam tandas, sikit pun tak pernah ada carutan yang macam ini keluar dalam media pro-kerajaan.

Hari ini Aiman sedar, semua cakap Abang Topek betul. Tak ada salahnya. Seratus peratus betul. Aiman boleh jadi Aiman. Aiman tak ikut kawan, kalau Aiman tak nak. Tapi kalau nak Aiman ikut juga. Sepak terajang abang-abang buat Aiman jadi berani dengan ketakutan.

Dan itulah cerita Aiman awal-awal duduk asrama.

Habislah cerita Aiman tulis pada malam ini.

Aiman tak kisah.

Arif kisah rasanya. Tapi dia tak tau Kapasitor. Tak mengapalah.

***



NotaKakiPanjangSikit.

Mahu Aiman kisahkan lain kisah?

Apa lagi, komenlah.. Ratinglah..

Dalam komen itu, nak kutuk pun tak apa. Nak puji lagi suka. Nak ajar itu boleh sahaja. Bak kata pepetah orang-orang lama, Selaut ilmu kapasitorian kongsikan, Negeri Pasir Dua Butir Aiman tadahkan.

Nak rating itu, tak kisah sikit ke banyak. Walaupun dua markah sahaja, kalau ada empat lima orang yang rating senyum juga. Tahulah kita yang menulis ini tidaklah berapa syok sendiri sangat.

Barulah semangat mahu tulis.

Kau orang tanya kenapa nak kena komen atau rating baru nak semangat tulis?

Macam penyanyi yang ramai peminat, tentu lagi semangat dia mahu buat banyak-banyak karya.

Macam ramai orang minat ahli musik yang jenamanya pelik seperti "rahmat dari langit" ataupun "jumpa seorang pakcik" yang main bunyi-bunyian jenis indie kata mereka, ramai juga ahli musik lain mahu ikut guna jenama pelik, kemudian ikut main bunyi-bunyian jenis indie macam kumpulan musik yang dua tadi. Er, lantaklah. Itu bisnes mereka.

Stesen keretapi yang formatnya ".fm" pun makin banyak pusing piring hitam yang ada bunyi jenis ini. Stesen keretapi yang satu itu pula tak habis dengan iklan dia. Ada juga terselit-selit celah iklan syampoo. Stesen keretapi iklan nombor satu di malaysia, ini motto mereka.

akhirnya, yang ini melampau sikit. Pakcik-pakcik JKKK janganlah terasa pula.

Kalau tak ada kaki pakcik-pakcik ronggeng yang mahu tengok.? (dengar) seni dangdut, nanti-nanti penyanyi dangdut pun ikut mahu nyanyi bunyi jenis indie ini. Bolehlah labu...

Faham ke?

Tak perlu Faham. Baca lepas itu senyum, sudah. Kita tulis bukan nak bagi orang semak kepala kalau baca karya kita, kita nak bagi orang suka. Kita pun suka kalau orang suka baca kita punya. :D

Hah! sudah sekopi. Naik menyampah dah orang baca kau mencarut apa.. cukup!!!!

Oit sekopi, kau pun sama tak komen atau rating karya orang. Lagi mahu suruh orang buat dekat karya kau.

Hampeh.

0 comments:

Post a Comment

Real Stat - Dynamic Online User Counter