DJ PAKNGAH

LIVE BROADCAST

DeeJay PakNgah

DeeJay PakNgah
"Jangan Bikin Panas"

HOTDEEJAYFM RADIO

Anda di alu alu kan

RADIO ONLINE HOTDEEJAY

RADIO ONLINE HOTDEEJAY
NAK DENGAR RADIO KLIK SINI

DjPakNgah

My photo
Kulim, Kedah, Malaysia
SIMPLE,SELAMBA DAN MESRA

Perkhidmatan Pa System dan Dj Majlis

Sekiranya ada rakan rakan di kawasan Utara (Kedah)memerlukan perkhidmatan Dj,PA System Event Management untuk menceria dan memeriahkan majlis perkahwinan anda.Anda boleh menghubungi kami di talian 016 - 5014182(PakNgah)/012-4646182/019-5750182(Hafizh)MhsSoundVenture Kulim Kedah
untuk membuat tempahan Dj Majlis.TerimaKasih PakNgah ucapkan kepada rakan rakan yg telah mengundang PakNgah sebagai Dj di majlis perkahwinan anda.







Radio Pilihan

Malaysia XY Radio Online

30 Juzuk Al-Quran

Bersama Kasim Pon Pon

Bersama Dato Siti Nurhaliza

Jamuan Raya RABVOLKS

Job Kahwin Di Mahang Bersama PakTam

Ziara Ukhuwah DjMalik AKR - Pendang

Ziarah Ukhuwah Kak Long - Pendang

Jalan Jalan Cari Makan

Sunshine Banquite Penang

Job Tmn Melati Kulim

Puteri Nur Sofia Arissa

Job Majlis Kahwin bersama DjPaktam Hotdeejayfm

Followers

Layan Retro

Layan Retro
Baca Cerita Lucu Klik Sini

Mai la pakat follow blog PakNgah

Sunday, August 29, 2010

Kisah Rock Kapak Zaman Gua Remaja Dulu

Dalam sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an, lagu muzik rock sentiasa kedengaran di radio. Pada ingatan saya pada tahun 1990 (ketika aku di Form 2), sudah muncul berbagai kumpulan rock melayu yang telah memeriahkan industri muzik ketika itu, macam Search, Massa, Wings, Fotograf, Gamma dan tak lupa juga kumpulan yang digelar ‘Mat Jiwang Karat’ Gersang. (walaupun rata-rata kumpulan rock ‘kapak’ ni banyak lagu jiwa-jiwa, rock konon…)

Kalau ada bebudak muda sekarang pernah menonton filem ‘Rock’ arahan Mamat Khalid, begitulah zaman rock pada sekitar tahun tersebut. Nak masuk Battles Of The Bands, seluruh band rock kapak turun padang menunjukkan bakat terpendam mereka. Biasanya diaorang bawa lagu-lagu cover dari kumpulan yang dah lama popular.



Berambut panjang, ala hyppies (pakai rantai hyppies), seluar ketat sampai tak boleh nak kangkang besar, main gitar pakai gigi (kadang-kadang) dan berbahasa kutu ( GUA…. LU…LU..GUA..HA HA HA ) adalah trade mark kumpulan rock masa tu..

Kalau di sekolah, lagu rock kapak ni le yang biasa menjadi siulan kitaorang tiap tiap hari. Gerenti kalau di kelas aje, mesti nak nyanyi lagu Sejati, Sendiri (May), C.I.N.T.A (XPDC), Tika dan Saat Ini (Medicine) dan macam-macam lagu le…

Album rock dulu-dulu pulak, macam pisang goreng.. laku beb.. Harga kaset masa tahun 1990 lebih kurang RM9.10 sahaja. CD masa tu mahal sangat sampai RM47, tak mampu nak beli.. So beli kaset je le.. Kalau kaset rosak, pinjam kawan punye, buat dubbing kaset ( kira buat salinan kaset tu le.. guna Hi-Fi yang ada double deck kaset. Masa zaman kami sekolah, siaran radio pun belum ada sistem FM Stereo di Malaysia kerana masa tu semua pakai frekuensi AM atau FM Mono je… tu yang kalau nak dengar lagu rock kapak melalui radio, sakit hati sebab radio bercampur dengan bunyi angin… Oleh itu, solutionnya kita beli kaset original… nak sedap dengar punya pasal

Selepas tahun 1995, lagu rock kapak dah mula berkurangan sangat.. sebab sibuk pulak dengar lagu-lagu band barat, macam Pearl Jam le.. Nirvana… Soundgarden ( semuanya band Grunge ).. Lagu melayu pulak masa tu paling popular ialah kumpulan rock yang kami gelar.. KUMPULAN ROCK KEPEMPENG atau ROCK LEMPENG. Antara lagu rock lempeng... kumpulan SLAM, UKAYS, UMBRELLA, IKLIM. Ha.. yang tu lempeng punya rock. Harga kaset melambung hingga RM17.90

Kini, dengan bertambahnya siaran radio swasta, maka tiap-tiap hari saya berpeluang mendengar lagu rock kapak ni… bercampur dengan rock lempeng! Dua-dua versi saya suka.

Kau orang.. er.. Lu suka ke lagu rock kapak? Kalau lu suka, next time aku letak video nostalgia rock kapak vs rock lempeng pada post akan datang!

0 comments:

Post a Comment

Real Stat - Dynamic Online User Counter