DJ PAKNGAH

LIVE BROADCAST

DeeJay PakNgah

DeeJay PakNgah
"Jangan Bikin Panas"

HOTDEEJAYFM RADIO

Anda di alu alu kan

RADIO ONLINE HOTDEEJAY

RADIO ONLINE HOTDEEJAY
NAK DENGAR RADIO KLIK SINI

DjPakNgah

My photo
Kulim, Kedah, Malaysia
SIMPLE,SELAMBA DAN MESRA

Perkhidmatan Pa System dan Dj Majlis

Sekiranya ada rakan rakan di kawasan Utara (Kedah)memerlukan perkhidmatan Dj,PA System Event Management untuk menceria dan memeriahkan majlis perkahwinan anda.Anda boleh menghubungi kami di talian 016 - 5014182(PakNgah)/012-4646182/019-5750182(Hafizh)MhsSoundVenture Kulim Kedah
untuk membuat tempahan Dj Majlis.TerimaKasih PakNgah ucapkan kepada rakan rakan yg telah mengundang PakNgah sebagai Dj di majlis perkahwinan anda.







Radio Pilihan

Malaysia XY Radio Online

30 Juzuk Al-Quran

Bersama Kasim Pon Pon

Bersama Dato Siti Nurhaliza

Job Kahwin Di Mahang Bersama PakTam

Ziara Ukhuwah DjMalik AKR - Pendang

Ziarah Ukhuwah Kak Long - Pendang

Jalan Jalan Cari Makan

Sunshine Banquite Penang

Puteri Nur Sofia Arissa

Job Majlis Kahwin bersama DjPaktam Hotdeejayfm

Followers

Layan Retro

Layan Retro
Baca Cerita Lucu Klik Sini

Mai la pakat follow blog PakNgah

Wednesday, May 19, 2010

Mat Rempit punyer cerita

Mat Rempit
Fenomena Mat Rempit di kalangan anak muda yang bukan sahaja melibatkan gejala sosial bahkan aktiviti jenayah seperti lumba haram dan kes ragut, hatta mengakibatkan kematian dua wanita hamil di Johor Baharu dan Kota Bharu baru-baru ini, memerlukan strategi dan pendekatan yang holistik dan bersepadu dari semua golongan dan entiti masyarakat agar ia tidak menjadi barah yang mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.

Situasi ini amatlah mendukacitakan apabila, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, 93 peratus daripada 3,182 tangkapan yang dibuat dari tahun 2001 hingga Mei, 2007 akibat pelbagai kesalahan jalan raya adalah anak muda di antara umur 16 dan 25 tahun, yang sepatutnya menjadi aset penting kepada pembangunan negara.

Pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini mengambil ikhtiar mendekati dan memahami golongan Mat Rempit untuk mencari jalan agar gejala ini dapat dikikis dan seterusnya membimbing kelompok tersebut keluar daripada aktiviti yang menjadi beban dan ancaman kepada masyarakat. Nampaknya, pendekatan tersebut tidak begitu membuahkan hasil.

Sehubungan dengan itu, dan sebagaimana saya huraikan semasa sessi rakaman program Point of View terbitan NTV7 semalam [program ini bakal disiarkan pada hari Ahad – 10 Mei jam 6 petang dan siaran ulangannya pula pada hari Isnin – 11 Mei pada jam 12 malam] , langkah pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa amat penting kerana proses pendidikan dan pendekatan bimbingan hanya boleh menjadi efektif sekiranya penguatkuasaan undang-undang adalah ketat, konsisten dan menyeluruh – termasuklah pemantauan kepada aktiviti sesetengah bengkel motorsikal yang menjadi dalang dengan menganjurkan pertandingan lumba haram serta menawarkan habuan pertandingan demi mempromosi perkhidmatan bengkel mereka.

Saya memberi jaminan bahawa Pemuda UMNO, melalui biro-bironya seperti Biro Sosio Etika, akan bekerjasama dengan pihak berkuasa serta badan-badan bukan kerajaan, media, ibu bapa serta pihak-pihak yang berkenaan bagi menangani permasalahan ini kerana ia bukan sahaja melibatkan permasalahan sosial remaja tetapi juga penguatkuasaan undang-undang dan persoalan isu pokok seperti fenomena pembentukan sub-budaya, pembangunan sosio-ekonomi seperti masalah kemiskinan keluarga dan ruang rumah yang sempit, institusi kekeluargaan, pengaruh rakan dan media, peranan segelintir pihak yang menjadi dalang, pengisian masa terluang, tarikan habuan pertandingan dan juga isu pendidikan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Jamilah Selamat dan juga Allahyarhamah Saripah Mohd Noor yang meninggal dunia akibat kes ragut baru-baru ini dan mengecam tindakan jenayah tersebut. Seterusnya, saya menyeru agar penguatkuasaan dapat dipertingkatkan lagi disamping penyertaan semua pihak bagi membantu menangani gejala ini.
 
 

0 comments:

Post a Comment

Real Stat - Dynamic Online User Counter