DJ PAKNGAH

LIVE BROADCAST

DeeJay PakNgah

DeeJay PakNgah
"Jangan Bikin Panas"

HOTDEEJAYFM RADIO

Anda di alu alu kan

RADIO ONLINE HOTDEEJAY

RADIO ONLINE HOTDEEJAY
NAK DENGAR RADIO KLIK SINI

DjPakNgah

My photo
Kulim, Kedah, Malaysia
SIMPLE,SELAMBA DAN MESRA

Perkhidmatan Pa System dan Dj Majlis

Sekiranya ada rakan rakan di kawasan Utara (Kedah)memerlukan perkhidmatan Dj,PA System Event Management untuk menceria dan memeriahkan majlis perkahwinan anda.Anda boleh menghubungi kami di talian 016 - 5014182(PakNgah)/012-4646182/019-5750182(Hafizh)MhsSoundVenture Kulim Kedah
untuk membuat tempahan Dj Majlis.TerimaKasih PakNgah ucapkan kepada rakan rakan yg telah mengundang PakNgah sebagai Dj di majlis perkahwinan anda.







Radio Pilihan

Malaysia XY Radio Online

30 Juzuk Al-Quran

Bersama Kasim Pon Pon

Bersama Dato Siti Nurhaliza

Jamuan Raya RABVOLKS

Job Kahwin Di Mahang Bersama PakTam

Ziara Ukhuwah DjMalik AKR - Pendang

Ziarah Ukhuwah Kak Long - Pendang

Jalan Jalan Cari Makan

Sunshine Banquite Penang

Job Tmn Melati Kulim

Puteri Nur Sofia Arissa

Job Majlis Kahwin bersama DjPaktam Hotdeejayfm

Followers

Layan Retro

Layan Retro
Baca Cerita Lucu Klik Sini

Mai la pakat follow blog PakNgah

Monday, April 26, 2010

Kemalangan motosikal meningkat














JEMPOL 17 Dis. - Sedar atau tidak, angka kemalangan penunggang motosikal terus meningkat dari sehari ke sehari. Mahu atau tidak mahu, ia memerlukan satu mekanisme dalam mencari penyelesaian sama ada membabitkan penguatkuasaan, mahupun melalui kempen berterusan melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

Dalam statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), pada Jun tahun ini saja berlaku 8,453 kemalangan melibatkan motosikal dan meningkat kepada 9,026 pada Julai.
Ia menunjukkan peningkatan 6.8 peratus dan memerlukan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan penunggang motosikal di negara ini.
Daripada fakta JKJR serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nyata memperlihatkan bahawa perkembangan berkaitan membimbangkan.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Ruhaizah Mohamad Rashid berkata, jumlah kemalangan maut melibatkan pelbagai jenis kenderaan termasuk motosikal meresahkan pihak berkuasa.
"Akibat kemalangan ini, kerugian yang tinggi perlu ditanggung semua pihak," katanya pada program '1Komuniti, 1JPJ' di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias 2 di sini baru-baru ini.
Katanya, kemalangan melibatkan individu yang produktif amat merugikan kerana ia boleh menjejaskan perkembangan ekonomi sesebuah keluarga, negeri dan negara.
"Kita ambil contoh seorang graduan yang tamat belajar dan terlibat dalam kemalangan maut. Kita kehilangan seorang tenaga siswazah berkaliber," jelasnya.
Ruhaizah berkata, graduan tersebut mungkin bakal menjadi bapa yang baik dan bertanggungjawab dalam mendidik keluarganya.
"Sudah tentulah kemalangan merugikan waris, sahabat dan teman-temannya," katanya.
Pada masa sama, Ruhaizah menerangkan, jika kemalangan maut itu membabitkan seseorang bapa atau ibu, ia pasti mengakibatkan anak-anak menjadi yatim piatu.
"Sumber pendapatan keluarga berkurangan dan mungkin mereka berdepan konflik kewangan yang teruk," katanya.
Mengenai program yang dijalankan itu, beliau berkata, ia akan terus diperluaskan supaya golongan sasar iaitu warga tua mendapat lesen.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

Real Stat - Dynamic Online User Counter