DJ PAKNGAH

LIVE BROADCAST

DeeJay PakNgah

DeeJay PakNgah
"Jangan Bikin Panas"

HOTDEEJAYFM RADIO

Anda di alu alu kan

RADIO ONLINE HOTDEEJAY

RADIO ONLINE HOTDEEJAY
NAK DENGAR RADIO KLIK SINI

DjPakNgah

My photo
Kulim, Kedah, Malaysia
SIMPLE,SELAMBA DAN MESRA

Perkhidmatan Pa System dan Dj Majlis

Sekiranya ada rakan rakan di kawasan Utara (Kedah)memerlukan perkhidmatan Dj,PA System Event Management untuk menceria dan memeriahkan majlis perkahwinan anda.Anda boleh menghubungi kami di talian 016 - 5014182(PakNgah)/012-4646182/019-5750182(Hafizh)MhsSoundVenture Kulim Kedah
untuk membuat tempahan Dj Majlis.TerimaKasih PakNgah ucapkan kepada rakan rakan yg telah mengundang PakNgah sebagai Dj di majlis perkahwinan anda.







Radio Pilihan

Malaysia XY Radio Online

30 Juzuk Al-Quran

Bersama Kasim Pon Pon

Bersama Dato Siti Nurhaliza

Job Kahwin Di Mahang Bersama PakTam

Ziara Ukhuwah DjMalik AKR - Pendang

Ziarah Ukhuwah Kak Long - Pendang

Jalan Jalan Cari Makan

Sunshine Banquite Penang

Puteri Nur Sofia Arissa

Job Majlis Kahwin bersama DjPaktam Hotdeejayfm

Followers

Layan Retro

Layan Retro
Baca Cerita Lucu Klik Sini

Mai la pakat follow blog PakNgah

Friday, April 23, 2010

Tanda Tanda Kiamat

ita telah diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW mengenai tanda-tanda kiamat. Ada banyak tanda-tanda yang diberitahu oleh Baginda SAW. Bahkan kebangkitan Baginda sebagai nabi dan rasul di akhir zaman merupakan tanda tentang dekatnya hari kiamat.

Imam Muslim telah menyusun satu bab di dalam Sahihnya berkaitan dengan hampirnya kiamat dan tanda-tandanya . Di antaranya sabda Nabi SAW;

عَنْ أَبِي حَازِمٍ أَنَّهُ سَمِعَ سَهْلًا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُشِيرُ بِإِصْبَعِهِ الَّتِي تَلِي الْإِبْهَامَ وَالْوُسْطَى وَهُوَ يَقُولُ بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ هَكَذَا
صحيح مسلم \ 5244 \ كتاب الفتن وأشراط الساعة \ باب قرب الساعة
Daripada Abi Hazim bahawasanya dia mendengar Sahl r.a berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW sedang baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah, bersabda; Diutuskan Aku dan hari kiamat adalah seperti ini.

Dan banyak lagi hadis-hadis yang berkaitan dengan tanda-tanda kiamat. Apa yang penting, bukan kita menunggu bila terjadinya kiamat. Tetapi persediaan untuk kita menghadapi hari tersebut. Hari yang padanya tidak memberi manfaat harta dan anak pinak. Kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Amal yang soleh.

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى السَّاعَةُ قَائِمَةٌ قَالَ وَيْلَكَ وَمَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ مَا أَعْدَدْتُ لَهَا إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ قَالَ إِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
صحيح البخاري \ 5701\ كتاب الآداب \ باب ما جاء في قول الرجل ويلك
Daripada Anas r.a, bahawasanya telah datang seorang badwi kepada Rasulullah SAW lalu bertanya; Ya Rasulullah! Bilakah terjadi kiamat? Baginda bersabda; Celakalah kamu! Apa yang kamu sediakan untuk menghadapinya? Badwi itu berkata; Aku tidak menyediakan apa-apa untuk menghadapinya tetapi aku cintakan Allah dan RasulNya. Baginda bersabda; Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.

Apa yang dimaksudkan oleh badwi dengan tidak menyediakan apa-apa untuk menghadapi kiamat ialah, beliau tidak banyak melakukan amalan-amalan sunat. Seperti sembahyang dan puasa sunat. Dan bersedekah. Jangan anda fahami dari hadis tersebut bahawa beliau tidak melakukan ibadat seperti sembahyang, puasa, menunaikan zakat dan sebagainya.

Adapun mengenai ramalan-ramalan yang dibuat berdasarkan kepada perubahan yang berlaku terhadap alam sekeliling, ia tidak menjadi sebab yang wajib untuk sesuatu peristiwa berlaku. Ini kerana urusan pentadbiran alam ini adalah urusan Allah SWT. Tiada seorang manusia pun yang mengetahui rahsia dan apa yang dia akan usahakan esok.

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ فِي إِثْرِ السَّمَاءِ كَانَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ قَالَ أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي كَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ
صحيح مسلم \ 104 \ كتاب الإيمان \باب بيان كفر من قال مطرنا بالنوء))
Daripada Zaid bin Khalid Al Juhaniy r.a, dia berkata; Kami telah bersembahyang Subuh bersama Rasulullah SAW di Hudaibiyyah di bawah langit (tanpa bumbung). Dalam keadaan yang masih gelap. Tatkala Baginda beransur beredar, Baginda kembali semula kepada sahabat-sahabatnya seraya bersabda; Adakah kamu tahu apa yang telah dikatakan oleh Tuhan kamu? Mereka menjawab; Allah dan RasulNya yang mengetahui. Baginda bersabda; Telah berpagi-pagi di kalangan hambaKu dalam keadaan beriman kepadaKu dan ada yang kufur. Adapun sesiapa yang berkata; Kita diturunkan hujan oleh Allah dengan sebab keagungan dan rahmatNya, maka mereka itulah tergolong di kalangan yang beriman dengan Ku dan kufur terhadap bintang (planet-planet). Dan adapun sesiapa yang berkata; Kita diturunkan hujan dengan sebab perubahan bintang itu atau ini, maka mereka tergolong di kalangan yang kufur dengan Ku dan beriman dengan bintang (planet-planet).

Rasulullah SAW juga telah menegur para sahabat ketika mereka percaya dan berkata bahawa gerhana yang berlaku pada hari kewafatan anak baginda, Ibrahim, adalah kerana disebabkan kewafatan anak baginda. Baginda bersabda;

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ فَقَالَ النَّاسُ كَسَفَتْ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ
صحيح البخاري \ 985 \ كتاب الجمعة \ باب الصلاة فى كسوف الشمس))
Daripada Al Mughirah bin Syu’bah r.a, dia berkata; Telah berlaku gerhana matahari di zaman Rasulullah SAW pada hari wafatnya Ibrahim. Lalu manusia berkata; Gerhana matahari ini terjadi kerana wafatnya Ibrahim. Lalu Baginda SAW bersabda; Sesungguhnya Matahari dan Bulan tidak gerhana disebabkan oleh kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang. Apabila kamu menyaksikan gerhana maka bersembahyanglah dan berdoalah kepada Allah.

{إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ} (لقمان/34).
[31.34] Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi PengetahuanNya.

Bahkan Nabi SAW sendiri memberitahu kita mengenai tanda-tanda kiamat berdasarkan wahyu yang diperintahkan oleh Allah supaya disampaikan kepada manusia.

{يَسْأَلُونَكَ عَنْ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ إِلاَّ بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ}(الأعراف/187).
[7.187] Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

عن عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنْ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلًا قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ قَالَ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا قَالَ أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ قَالَ ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ لِي يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ
(صحيح مسلم \ 9 \ كتاب الإيمان \ باب بيان الإيمان والإسلام والإحسان)
Daripada Umar bin Al Khattab r.a, dia berkata; Ketika mana kami bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki. Tersangat putih pakaiannya. Tersangat hitam rambutnya. Tidak kelihatan kesan-kesan seseorang itu bermusafir pada dirinya. Dan tiada seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Sehinggalah dia duduk berhadapan dengan Nabi SAW. Dia melagakan lututnya dengan lutut Baginda dan dia meletakkan tangannya ke atas kedua-dua pahanya dan berkata; Ya Muhammad! Beritahu kepada aku tentang Islam. Rasulullah bersabda; Islam (itu) ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah. Kamu mendirikan sembahyang. Menunaikan zakat. Berpuasa di bulan Ramadhan. Dan menunaikan haji di Baitillah jika kamu mampu melakukannya. Lalu lelaki itu berkata; Engkau berkata benar! (Umar r.a) berkata; Kami berasa hairan terhadapnya. Dia bertanya dan dia juga yang mengiakan. Lelaki itu bertanya lagi; Beritahu kepada aku tentang Iman. Baginda bersabda; (Iman itu) kamu beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat dan kamu beriman dengan qada’ dan qadar kebaikan mahupun kejahatan. Lelaki itu berkata; Engkau berkata benar! Dia bertanya lagi; Beritahu kepada aku tentang Ihsan. Baginda bersabda; Kamu menyembah Allah seperti kamu melihatNya. Jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Lelaki itu berkata lagi; Beritahu kepada aku tentang Kiamat! Baginda bersabda; Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (Kiamat) lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Lelaki itu berkata; Maka beritahu kepada aku mengenai tanda-tandanya. Baginda bersabda; Apabila perempuan melahirkan tuannya. Dan kamu akan melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan menggembala berlumba-lumba meninggikan bangunan. (Umar r.a) berkata; Kemudian lelaki itu beredar sedang aku termenung beberapa ketika. Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepadaku; Ya Umar! Adakah kamu kenal siapakah yang bertanya tadi? Umar menjawab; Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Rasullah bersabda; Itulah Jibril a.s. Dia datang mengajar kamu mengenai agama kamu.

Kepercayaan seorang Muslim terhadap ramalan, nujum dan tilikan tidak memberikan faedah sedikit pun. Kerana ia tidak dapat mengislamkan orang yang masih belum menganut Islam. Dan tidak menambahkan iman orang Islam itu sendiri. Bahkan ia lebih menjurus ke arah alam tahayul dan syirik. Bukan ke arah persediaan menghadapi Allah SWT di akhirat nanti.

Adapun bukti dan fakta-fakta sains yang betul dan tepat, yang tidak bertentangan dengan nas, ia boleh dijadikan bukti tentang kebenaran ajaran Islam dan Nabi Muhammad adalah Rasulullah.

Sebagai contoh, ada ahli astronomi yang mengatakan bahawa planet Marikh dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang atau ketika Marikh beredar melalui orbitnya menghampiri bumi, ketika itu Marikh tidak akan berpusing mengikut arahnya yang asal. Ini disebabkan oleh kemungkinan tarikan graviti dari Bumi yang menyebabkan ia berpusing berlawan dari arah yang asal. Oleh kerana Marikh berpusing seperti berpusingnya Bumi dan terletak di dalam sistem suria yang sama, maka di hari Marikh menghampiri planet Bumi, Marikh akan menerima sinaran matahari bermula dari arah barat. Dalam lain perkataan, pada hari tersebut matahari akan terbit dari arah barat di planet Marikh. Dan apa yang akan dilalui oleh Marikh akan turut dialami oleh planet-planet yang lain termasuk Bumi.

Jika pendapat ini benar dan dibuktikan, ia telah menguatkan apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah SAW mengenai perjalanan bumi yang mana pada suatu hari nanti, matahari akan terbit dari arah barat. Pada hari itu iman seseorang tidak akan memberi manfaat kepadanya. Pada kita sebagai seorang Islam, kita percaya dengan apa yang diberitahu oleh Rasulullah SAW. Sama ada pendapat itu (fakta sains) betul atau tidak.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثٌ إِذَا خَرَجْنَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَالدَّجَّالُ وَدَابَّةُ الْأَرْضِ
(صحيح مسلم \ 227 \ كتاب الإيمان \ باب بيان الزمن الذي لا يقبل فيه الإيمان)
Daripada Abi Hurairah r.a, katanya; Rasulullah SAW telah bersabda; Tiga perkara. Apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).

Oleh itu buatlah amal kebaikan sebelum datangnya hari tersebut. Sebelum kita mati menghadap Allah SWT. Bukannya kita bersedia menghadapi hari tersebut dengan bekalan makanan, bahan api, gas dan alat ganti kenderaan. Jadilah orang yang cerdik dan berakal.

Sabda Nabi SAW;
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ
(سنن الترمذي \ 2383 \ كتاب صفة القيامة والرقائق والورع)
Daripada Syaddad bin Aus r.a, daripada Nabi SAW. Baginda bersabda; Orang yang cerdik ialah orang mengerjakan dirinya dan beramal untuk (bekalan) selepas mati. Dan orang yang malas adalah orang yang mengikut hawa nafsunya dan berangan-angan agar Allah mengampuninya.

0 comments:

Post a Comment

Real Stat - Dynamic Online User Counter